perkasamisi06

Thursday, June 29, 2006

NITE EXPLORER & Ilmu survival—1 lampu suluh

terasa bagai menghayati hijrah...berjalan di tengah malam, beberapa kali terbenam di dalam selut, terjatuh di tgh semak, di dalam longkang...

1 kumpulan hanya dibekalkan 1 lampu suluh, itupun ada yang hidup segan mati tak mahu (huhu..) lalu kedengaran la dialog2 popular seperti:

"berjalan di sebelah kanan, lampu ke kiri"
"berjalan di sebelah kiri, lampu ke kanan"

perjalanan sepatutnya tak sebegitu lama..tapi kerana gelap dan lampu yang samar2..perjalanan menjadi bertambah buruk...ada yg sudah kekejangan..kami pimpin juga berjalan...

kami melaungkan kata2 motivasi: "sabar..sabar...dah nak sampai Madinah ni" sayu dan sepi. perjalanan hijrah Nabi tentu 5000X jauh lebih sukar! jangan putus asa!! teruskan..

bulat niat tekadmu
dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
tempuh jalan yang diredhai

andai rasa diri lemah
di perjalanan hijrahmu
sendirian tiada mampu
mohonlah pada Tuhanmu

hijrah ini memang susah
hijrah ini memang payah
hijrah ini menuju Allah
di hujungnya hasanah

hijrahmu menuju Allah
ia sunnah para nabi
para salihin dan muttaqin
kembara hati menuju Ilahi

andai rasa diri lemah
di perjalanan hijrahmu
sendirian tiada mampu
mohonlah pada Tuhanmu


hijrah ini memang susah
hijrah ini memang payah
hijrah ini menuju Allah
di hujungnya hasanah

__________________________
nota sisi--mohon maaf dengan sangat kepada semua faci atas kenakalan kami...

nota sisi kanan ^__^--memang bagus SAFF PERDAUS buat nite explorer a.k.a HIJRAH WALK sempena menyambut awal muharram..perjalanan di tgh malam..di tgh kepayahan memang penuh dengan hikmah dan ibrah..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home